Isnin, 21 Jun 2010

Penggal 2008/2009

Dalam penggal 2008/2009, kelab sekali lagi memperolehi pencapaian yang cemerlang dan menerima anugerah “President Distinguished Club” dari Toastmasters International.

Tahniah!

Bertambah lagi satu cabaran untuk ahli jawatankuasa yang sedia ada untuk menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam kelab ini!


Di awal penggal 2008/2009, ahli jawatankuasa menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan. Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa dalam menguruskan kelab.

Ahli kelab juga dilantik sebagai panel hakim di Pertandingan Ucapan Peringkat Daerah serta menghadiri Seminar Penghakiman Ucapan. Seminar ini mengajar ahli ahli kelab bagaimana untuk menghakimi pengucapan dengan lebih baik.


Encik Sardon Zainal dijemput sebagai ketua hakim dalam Pertandingan Berpidato dalam Bahasa Inggeris Peringkat Daerah 2009 dan Peringkat Bahagian 2009.


Kelab pertama kalinya berjaya mengelolakan Pertandingan Bercerita Antara Sekolah-Sekolah Rendah pada Jun 2009
.


Kelab juga pertama kali berjaya mengelolakan Program Kepimpinan Belia di SMK Sains.

Encik Sardon, Cik Azizah & Puan Juriah dijemput untuk menjadi hakim Ceramah Pengucapan Awam di SMK Luak pada November 2009.

Hj. Wan Morshidi, Juriah, Sardon, Hj. Seraniah, Mostapha Lai, Suhali, Sarbanun, Azizah Ibrahim telah menghadiri Konvensyen di Kuching dalam bulan April 2009. Mereka turut terlibat dalam mesyuarat kelab-kelab pidato Malaysia. Di konvensyen ini, Juriah Abdullah dianugerahkan sebagai “Presiden Cemerlang 2008/2009”.


Tahniah sekali lagi!

Sarbunan, Azizah Ibrahim, Sardon Zainal, Hj. Wan Morshidi, Juriah, Sardon, Mostapha Lai telah menghadiri Konvensyen di Genting, Pahang dalam bulan Oktober 2009.


Demikianlah secara ringkas, aktiviti yang disertai dan juga dianjurkan oleh kelab untuk penggal 2008/2009.

Tiada ulasan: