Selasa, 20 Julai 2010

Majlis Minum Petang Persahabatan

Untuk Makluman semua,

Pada 24 Julai 2010
pukul 2 petang

satu Majlis Minum Petang Persahabatan akan diadakan di Mega Hotel.

Majlis ini diadakan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Gabenor Kawasan 2009/2010 kita, ACS Sardon Zainal.

Dalam majlis ini juga akan dilangsungkan Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa Miri Toastmasters Club.
Digalakkan ahli ahli kelab yang lain untuk turut serta bagi memeriahkan lagi majlis ini disamping mengeratkan lagi pertalian silaturahim di antara kelab kelab di Miri.

Tiket untuk menghadiri majlis minum petang ini berharga RM25 untuk seorang.

Sila hubungi Bendahari Kelab: ACS Juriah di 0198854986 untuk membayar dan mendapatkan tiket.
Jom, minum petang bersama!
gambar diambil dari Restaurant City Playfish

Jumaat, 16 Julai 2010

TLI 2010 DI BINTULU! Selesai...

Ahli Jawatankuasa yang telah menghadiri TLI (Toastmasters Leadership Institute) di Everly Park City, Bintulu pada 11 Julai yang lalu ialah :

Naib Presiden Pendidikan : Taqiuddin Ahmad Kendong
Naib Presiden Keahlian: Jennifer Hii

Naib Presiden Hubung Raya: Sardon Zainal
Bentara: Sophian Baijuri

Bersama ahli Miri Toastmasters Club

Naib Presiden Keahlian bersama LGM Richard A.Gontusan (kiri) dan DTM Dunstan Chan (kanan)

PERJUMPAAN SESI KE221: 23 JULAI!

Perjumpaan yang ke221 kelab ialah pada:

pukul 7.45 malam, Jumaat 23 Julai di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli untuk hadir. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Ini adalah supaya ahli boleh memperolehi manfaat yang sepenuhnya dari kelab.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat manfaat dan tertarik untuk menyertai setelah melihat kita beraksi.

Khamis, 8 Julai 2010

TLI 2010 DI BINTULU!

Di awal penggal 2010/2011, ahli jawatankuasa akan menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan.

Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa baru dalam selok belok menguruskan kelab secara lebih berkesan.

Kursus Kepegawaian Toastmasters ini atau TLI akan diadakan:

Pada hari Ahad, 11 Julai 2010.
Pukul 1.00 petang hingga 5.30 petang.
Bertempat di Park City Hotel, Bintulu.


Disamping mempelajari perihal pengurusan kelab, ahli jawatankuasa baru juga berpeluang untuk bergaul dan bertemu dengan ahli jawatankuasa kelab daerah E yang lain.

Bolehlah mengeratkan lagi tali persahabatan yang sedia ada serta mendapat kenalan baru sambil bertukar tukar fikiran dan berkongsi pengalaman.


Semoga ahli kelab yang lain akan berpeluang untuk menghadiri kursus ini di masa akan datang kelak!

PERJUMPAAN SESI KE220: 9 JULAI!

Perjumpaan yang ke220 kelab ialah pada:

pukul 7.45 malam, 9 Julai nanti di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli untuk hadir. Semoga lebih ramai lagi tampil untuk menghabiskan tugasan masing masing.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat manfaat dan tertarik untuk menyertai setelah melihat kita beraksi.

Khamis, 1 Julai 2010

Jawatankuasa 2010/2011


Tahniah! Jawatankuasa bagi penggal 2010/2011 ialah ~

Presiden:
Mostapha Lai


Naib Presiden Pendidikan: Taqiuddin Ahmad Kendong

Naib Presiden Keahlian: Jennifer Hii Ai Mee

Naib Presiden Hubung Raya: Sardon Zainal

Setiausaha: Hjh Seraniah Abdullah

Bendahari: Juriah Abdullah

Bentara: Sophian Baijuri

Bekas Presiden: Azizah Ibrahim

Semoga kelab akan menjadi lebih maju dan hebat!

Selamat bertugas kepada semua!

Penggal 2009/2010

Di awal penggal 2009/2010, ahli jawatankuasa menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan. Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa dalam menguruskan kelab.

Ahli kelab juga dilantik sebagai panel hakim di Pertandingan Ucapan Peringkat Daerah serta menghadiri Seminar Penghakiman Ucapan. Seminar ini mengajar ahli ahli kelab bagaimana untuk menghakimi pengucapan dengan lebih baik.


Encik Sardon Zainal dijemput sebagai ketua hakim dalam Pertandingan Berpidato dalam Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian 2010
.

Kelab menganjurkan
untuk kali pertama, Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian (dalam Bahasa Inggeris) Peringkat Daerah 2009/2010 di Pustaka Miri.

Puan Juriah Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Pengelola Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian (dalam Bahasa Inggeris) Peringkat Kawasan dan sebagai pengerusi Pertandingan Peringkat Bahagian Penggal 2009/2010 untuk Miri, Bintulu dan Sibu


Kelab berjaya mengelola Program Kepimpinan Belia dalam bulan April 2010 di Kolej IBS Miri.


Hj. Wan Morshidi, Juriah, Jennifer Hii Ai Mee, Sophian, Mostapha Lai, Sardon, Taqiuddin Ahmad Kendong telah menghadiri Konvensyen di Miri dalam bulan Mei 2010. Kelab turut terlibat dalam mesyuarat kelab-kelab pidato Malaysia di konvensyen tersebut.

Jennifer Hii Ai Mee (sebagai Pengarah Penutupan Majlis), Sophian (sebagai Pengarah Pidato) dan Sardon Zainal (sebagai Pengarah Malam Sambutan) juga dilantik untuk mewakili kelab dalam Jawatankuasa Khas Konvensyen Daerah 51 di Miri.

Tahniah semua kerana berjaya mengharumkan nama Kelab!


Dukacitanya, Konvensyen tahun ini juga merupakan yang terakhir bagi Malaysia Timur, Brunei dan Indonesia bersama Malaysia Barat. Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), Brunei dan Indonesia berpisah dari Daerah 51 dan mewujudkan daerah yang baru iaitu Daerah 87.

Majlis Perasmian Perpisahan ini diadakan dalam Konvensyen tersebut. Semoga kita tetap bersama walaupun telah terpisah!


Mesyuarat Agung Tahunan Kelab diadakan pada 26 Mei 2010.


Demikianlah secara ringkas, aktiviti yang disertai dan juga dianjurkan oleh kelab untuk penggal 2009/2010.