Selasa, 15 Jun 2010

Nafas Baru!

Laman Blog Kelab Pidato Toastmasters Miri kini diberi nafas baru seiring dengan semangat baru yang akan menyusul tiba bersama ahli jawatankuasa yang baru.

Ikuti perkembangan semasa kami di sini.

Hari hari yang berlalu membawa kita kian hampir kepada penghujung penggal 2009/2010 Kelab Pidato Toastmasters Miri.

Ahli kelab telah banyak menyertai aktiviti dan tidak kurang juga mengendalikan aktiviti untuk ahli kelab sendiri dan juga masyarakat Miri.

Sebelum diumumkan senarai ahli jawatankuasa kelab untuk sesi 2010/2011 di dalam Blog ini, marilah kita jejaki balik kenangan kenangan Kelab Pidato Toastmasters Miri dari tahun 2009 hingga 2010…

Tiada ulasan: