Selasa, 23 Julai 2013

PERJUMPAAN SESI KE272, 28 JULAI

Salam dan salam sejahtera.

Kita semakin hampir kepada penghujung Ramadhan. Semoga ahli ahli Kelab yang beragama Islam boleh manfaatkan sebaik mungkin dalam amal ibadah mereka.

Kelab akan mengadakan perjumpaan pada bulan ini pada 

hari Ahad, 28 Julai 2013

pukul 11 pagi di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Jemput ahli kelab untuk hadir bersama sama tetamu supaya lebih ramai lagi warga Miri mengetahui tentang manfaat Kelab.

Jumpa anda nanti!

Isnin, 15 Julai 2013

Jawatankuasa 2013/2014

Pada 21 Jun, Kelab telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Dalam mesyuarat tersebut, ahli jawatankuasa bagi sesi 2013/2014 telah dipilih. Nama nama mereka adalah seperti berikut:

Presiden:  Taqiuddin Ahmad Kendong
Naib Presiden Pendidikan: Alexson Keling Buja
Naib Presiden Keahlian: Dato Wan Morshidi
Naib Presiden Hubung Raya: Tiong Mee Na
Setiausaha: Sophian Baijuri
Bendahari: Sardon Zainal
Bentara: Datin Juriah Abdullah

Selamat bertugas kepada semua!

Antara matlamat utama kelab adalah untuk meningkatkan bilangan ahli kelab serta meneruskan usaha untuk menonjolkan lebih ramai pemidato berbahasa Melayu dari Miri.

Perlantikan secara rasmi akan diadakan dalam Majlis Rumah Terbuka Persatuan Melayu Miri pada 18 Ogos nanti. Datanglah beramai ramai bagi memeriahkan suasana serta menjamu selera dengan pelbagai juadah yang akan disediakan.

Latihan Kepimpinan Pertama untuk Pemimpin Kelab

Pada Ahad 14 Julai, seperti tahun tahun yang lepas, tibalah masa di mana kesemua ahli jawatankuasa kelab kelab Toastmasters di seluruh Miri berkumpul untuk TLI pertama mereka. Ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik pada penghujung semester 2012/2013, pada bulan lepas diwajibkan untuk menghadiri Toastmasters Leadership Institute atau Institut Kepimpinan Toastmasters. Di TLI, ahli jawatankuasa baru akan dipimpin dan sebagai ulangkaji kepada ahli ahli yang lama dalam selok belok pengendalian kelab dan memastikan kelab masing masing dapat memberikan yang terbaik kepada ahli ahli mereka.

Walaupun keseluruhan latihan dijalankan dalam bahasa Inggeris, ini tidak mematahkan semangat ahli satu satunya kelab yang menggunakan bahasa kebangsaan di Miri untuk turut serta. Pucuk kepimpinan kelab Pidato Toastmasters Miri bersemangat mengikuti latihan yang dikendalikan secara amnya oleh Dunstan Chan, salah seorang Toastmasters yang ulung di Malaysia. Sesi latihan diadakan di Bilik Audio Visual di Pustaka Miri dari pukul 1 tengah hari hingga 4 petang.

Dunstan bersemangat menjalankan sesi latihan.

Pemimpin pemimpin yang hadir diajarkan cara untuk menaikkan nama kelab dengan menggunakan media massa yang ada. Mereka juga didedahkan dengan bagaimana kelab terbaik berfungsi dan digalakkan untuk meniru cara mereka berjaya. Yang paling utama, setiap ahli jawatankuasa diberitahu dengan jelas peranan yang perlu dimainkan oleh setiap jawatan yang dipegang. Ahli jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Miri akan ditabalkan secara rasmi pada 18 Ogos dalam majlis rumah terbuka Persatuan Melayu Miri. 

Ahli Jawatankuasa bersama Gabenor Daerah 87, Datin Grace dan penceramah, Dunstant.

Orang ramai dijemput hadir secara percuma kebengkel pengucapan kelab yang diadakan dua kali sebulan di Bangunan Persatuan Melayu Miri untuk mengenali kelab  dengan lebih dekat.

Rabu, 10 Julai 2013

PERJUMPAAN SESI KE271, 21 JULAI

Maaf, perjumpaan kelab pada 14 Julai terpaksa ditunda pada minggu ini:

pukul 11.00 pagi, Ahad 21 Julai

di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Ini kerana Bangunan Persatuan Melayu digunakan untuk mesyuarat AJK pada masa yang sama dan tiada tempat perjumpaan baru yang dapat dicari dalam masa singkat. Kami memohon maaf diatas kesulitan serta kelewatan untuk memaklumkan dalam blog ini.

Sempena bulan Ramadhan, perjumpaan Kelab akan diadakan di waktu siang bagi memberi laluan kepada ahli kelab yang beragama Islam untuk beribadat di sebelah malam.

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua.

Jemputlah juga rakan rakan anda bagi memeriahkan lagi majlis tersebut disamping membuka mereka ke dunia Toastmasters.

Selamat Berpuasa!

Ramadhan telah tiba!

Salam dan salam sejahtera!

Ramadan menjelma lagi! Selamat beribadah di bulan Ramadhan bagi kaum Muslim! Semoga kita memperolehi lebih banyak manfaat dan kemenangan dalam Ramadhan kali ini. Jangan terlepas untuk mengandakan ibadah anda untuk memperolehi lebih banyak ganjaran dari Allah! Insyaallah!

Sebagai pembuka tirai Ramadhan, nikmati video berikut:


Terima kasih kepada sikosong untuk peringatan yang berguna ini.