Selasa, 6 Mac 2012

PERJUMPAAN SESI KE256: 9 MAC

Perjumpaan Kelab pada minggu ini akan diadakan pada:
pukul 8.00 malam, Jumaat 9 Mac

di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Minggu ini terdapat ramai ahli akan membentangkan tugasan mereka. Kelab juga akan menerima kunjungan teteamu istimewa kita iaitu Gabenor Kawasan E1 Huang Boon Huat!

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua.

Jemputlah juga rakan rakan anda bagi memeriahkan lagi majlis tersebut disamping membuka mereka ke dunia Toastmasters.

Khamis, 23 Februari 2012

Bengkel Kemahiran Berkomunikasi

Pada 28 April nanti, Kelab akan menganjurkan satu bengkel kemahiran berkomunikasi.

Bengkel ini akan diadakan di Bilik Audio Visual Pustaka Miri dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari. Yuran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap seorang peserta. Makanan akan disediakan untuk waktu rehat semasa bengkel dijalankan.

Bengkel ini akan membincangkan cara cara untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti seharian terutamanya dalam persuratan dan juga ucapan. Sila rujuk poster yang dilampirkan di bawah:


Bengkel ini akan menyentuh penggunaan bahasa dan tatabahasa yang sesuai dalam menulis surat serta emel. Bahasa yang sesuai untuk surat rasmi dan tidak rasmi. Tips tips untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan.

Dari segi pengucapan, bengkel akan mengupas, secara kasar bagaimana menyusun kata kata aluan diawal ucapan dan pengunaan bahasa yang sesuai dalam satu ucapan sama ada dalam majlis rasmi mahupun yang tidak rasmi.


Bengkel ini terbuka kepada masyarakat am di Miri tetapi ahli ahli kelab digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu untuk pengucapan dalam kelab.

Jumpa anda semua di sana!

PERJUMPAAN SESI KE255: 24 FEBUARI

Perjumpaan Kelab minggu ini akan diadakan pada:

pukul 8.00 malam, Jumaat 24 Febuari

di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Melalui penglibatan secara berterusan serta membuat tugasan, pasti anda akan dapat merasa perubahan pada diri anda sendiri dalam keyakinan diri, cara berucap dan banyak lagi manfaat lain.

Kongsilah peluang keemasan ini bersama teman teman anda. Bawalah mereka bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selasa, 24 Januari 2012

PERJUMPAAN SESI KE253: 27 JANUARI

Perjumpaan Kelab akan diadakan pada:

pukul 8.00 malam, Jumaat 27 Januari
di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Melalui penglibatan secara berterusan serta membuat tugasan, pasti anda akan dapat merasa perubahan pada diri anda sendiri dalam keyakinan diri, cara berucap dan banyak lagi manfaat lain.

Kongsilah peluang keemasan ini bersama teman teman anda. Bawalah mereka bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selasa, 17 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA!

Kepada ahli ahli Kelab yang menyambut Tahun Bari Cina…

Khamis, 12 Januari 2012

Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian Ucapan 2011

Sebelum tertutupnya tirai tahun 2011, Kelab sempat dihangatkan Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian Ucapan untuk ahli ahli Kelab pada hari Sabtu, 26 November 2011.



Dari kiri: Ahli Kelab, Hj Putit, YDP PMM, Ustaz Amin, Taqiuddin, Jennifer dan Gabenor Kawasan


Jennifer Hii memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Ucapan Humor manakala Taqiuddin menjuarai Pertandingan Penilaian Ucapan.



Diadakan di Bangunan Persatuan Melayu Miri, pertandingan ini adalah untuk ahli berlatih memberikan ucapan di hadapan pendengar lain, selain pendengar biasa.





Ustaz Amin Wahid mendapat tempat kedua dan Taqiuddin di tempat ketiga untuk Pertandingan Ucapan Humor. Dalam kategori Penilaian Ucapan pula, Jennifer Hii memperolehi tempat kedua dan diikuti Ustaz Amin Wahid.



Memburu kejuaraan bukanlah perkara utama, tetapi meningkatkan keyakinan diri serta jati diri dikalangan ahli kelab samada sebagai peserta ataupun ahli jawatankuasa pertandingan. Pertandingan ini juga mengukuhkan tali silaturahim diantara kelab lain seperti Miri Toastmasters Club yang datang untuk membantu serta memberi sokongan.

Rabu, 11 Januari 2012

Konvensyen Tahunan Ke18 Daerah 87



Negeri Bawah Bayu menjadi tuan rumah untuk Konvensyen Tahunan ke18 Daerah 87 pada tahun ini. Ahli ahli dari pelbagai kelab dalam Daerah 87 yang merangkumi Brunei, Indonesia serta Malaysia Timur akan berkumpul di Promenade Hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Konvensyen ini akan belangsung selama tiga hari iaitu dari 18 hingga 20 Mei.
Konvensyen ini merupakan konvensyen kedua sejak berpisah dari Daerah 51. Antara acara acara menarik yang akan dihidangkan:




1. Ucapan utama serta bengkel dari Dr. Dilip Abayasekara, Bekas Presiden Toastmasters International dan naib johan untuk Pengucapan Am di Kejohanan Dunia.



2. Sesi Pendidikan bersama 3 bekas Gabenor Daerah, Datuk Adeline Leong DTM, Dunstan Chan DTM dan Li Yo Wei DTM.



3. Bengkel Kepimpinan serta Memupuk Semangat Berpasukan menggabungkan Kelab Bahasa Inggeris, Mandarin serta Kelab Bahasa Melayu (Kalau ahli Kelab Pidato Miri dapat hadir sama).



4. Grease Toastmasters Musical, persembahan selamat datang dari KKTMC.



5. Gala Night, majlis makan malam bertema serta bertopeng.



6. Ucapan yang hebat serta mengagumkan dari Pertandingan Ucapan Kebangsaan serta Ucapan Spontan Peringkat Daerah.



7. Lawatan menarik dan menyeronokkan ke tarikan di Sabah sebelum dan selepas Konvensyen.



Dan banyak lagi!



Sila hubungi registrations@toastmasters-kk2012.com untuk maklumat lanjut






atau






PERJUMPAAN SESI KE252: 13 JANUARI

Perjumpaan Kelab yang seterusnya ialah pada:

pukul 8.00 malam, Jumaat 13 Januari di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Melalui penglibatan secara berterusan serta membuat tugasan, pasti anda akan dapat merasa perubahan pada diri anda sendiri dalam keyakinan diri, cara berucap dan banyak lagi manfaat lain.

Kongsilah peluang keemasan ini bersama teman teman anda. Bawalah mereka bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selasa, 10 Januari 2012

Selamat Datang Ketahun 2012!

Banyak perubahan telah berlaku dalam dunia Toastmasters beberapa bulan ini. Buat pengetahuan semua, logo Toastmasters Inetrnational telah diberi nafas baru untuk menunjukkan bahawa Toastmasters International bukan sahaja untuk negara asalnya iaitu Amerika Syarikat tetapi kini untuk semua rakyat dari seluruh dunia!



Logo terbaru tidak lagi menampilkan peta dunia tetapi hanya garis latitud dan longitud yang menunjukkan Toastmasters International telah mendakap globalisasi secara menyeluruh. Toastmasters International tidak lagi dibelenggu oleh sempadan dan telah tersebar ke setiap pelusuk dunia, menghasilkan lebih ramai individu yang berani untuk tampil kehadapan dan berucap!


Kelab Pidato Toastmasters Miri menggunakan garis panduan Toastmasters International serta matlamat yang sama untuk menghasilkan individu yang bukan saja berani dan petah berucap di khalayak ramai tetapi turut menjunjung Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.
Kunjungi perjumpaan kami setiap hari Jumaat pada minggu kedua dan keempat setiap bulan di Bangunan Persatuan Melayu Miri untuk melihat sendiri dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang kami.