Jumaat, 27 September 2013

PERJUMPAAN SESI 276, 27 SEPTEMBER!

Salam dan salam sejahtera.

Peringatan buat kita semua, perjumpaan kelab malam ini: 

hari Jumaat, 27 September 2013

pukul 8 malam di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Mari kita beramai ramai memberi sokongan kepada ahli yang akan membuat tugasan mereka. Jemput ahli kelab untuk hadir bersama sama tetamu supaya lebih ramai lagi warga Miri mengetahui tentang manfaat Kelab.

Jumpa anda nanti!

Rabu, 18 September 2013

Pertandingan Humor dan Penilaian Peringkat Kawasan E1 2013!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ahli jawatankuasa kawasan E1 akan menganjurkan

pertandingan Humor dan Penilaian Peringkat Kawasan E1

pada Sabtu ini, 21 September 2013

pada pukul 1.30 petang

bertempat di Bilik Serbaguna Pustaka Miri.


Ini adalah peluang yang baik untuk ahli ahli kelab bertemu dengan kelab kelab lain di Miri!

Jemput datang untuk memberi sokongan anda serta menceriakan lagi aktiviti bersama ini!

Jamuan ringan juga disediakan!

Selasa, 17 September 2013

Tahniah Tahniah! Toastmasters Sardon!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Tahniah diucapkan kepada ahli Kelab kita, Toastmasters Sardon Zainal kerana telah menerima anugerah Pegawai Bintang Sarawak dari Tuan Yang Terutama Sarawak pada 15 September!


Rabu, 11 September 2013

Latihan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa 2013/2014 dalam TLI 1!

Pada 14 Julai, seperti tahun tahun yang lepas, tibalah masanya di mana kesemua ahli jawatankuasa kelab kelab Toastmasters di seluruh Miri berkumpul untuk TLI pertama mereka. Ahli jawatankuasa baru dilantik pada penghujung semester 2012/2013, diwajibkan untuk menghadiri Toastmasters Leadership Institute atau Institut Kepimpinan Toastmasters. 

Ahli ahli jawatankuasa kelab kelab kawasan E1 Miri bersama TM Dunstan Chan

Di TLI ini, ahli jawatankuasa baru dipimpin dan menjadi satu ulang kaji bagi ahli jawatankuasa yang telah biasa dalam selok belok pengendalian kelab. TLI diadakan bagi memastikan kelab kelab di kawasan E1 dijalankan mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh Toastmasters International dan mengenal pasti kelemahan yang ada pada kelab kelab. Melalui sesi ini jugalah kelab kelab dapat menyuarakan masalah serta belajar untuk meningkatkan prestasi kelab berdasarkan contoh contoh kejayaan kelab yang lain.

Walaupun keseluruhan latihan dijalankan dalam bahasa Inggeris, ini tidak mematahkan semangat ahli satu satunya kelab yang menggunakan bahasa kebangsaan di Miri untuk turut serta. Pucuk kepimpinan kelab Pidato Toastmasters Miri bersemangat mengikuti latihan yang dikendalikan secara amnya oleh Dunstan Chan, salah seorang Toastmasters yang ulung di Malaysia. Sesi latihan diadakan di Bilik Audio Visual di Pustaka Miri dari pukul 1 tengah hari hingga 4 petang.

Toastmasters Dunstan Chan juga mengumumkan kepada ahli ahli Toastmasters yang hadir tentang buku terbarunya yang mengumpulkan penulisan penulisan awal beliau semasa berkeciumpung dalam dunia akhbar.
Buku beliau, Sound & Silence, juga disyorkan kepada ahli ahli Toastmasters yang sering kehausan ilham untuk membuat ucapan. Beliau menyatakan bahawa buku nya boleh membantu pemidato untuk mencari ilham dengan memerhati persekitaran kita.

Presiden Kelab bersama TM Dunstan Chan dan bukunya Sound & Silence

Ahli jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Miri ditabalkan secara rasmi pada 18 Ogos dalam majlis rumah terbuka Persatuan Melayu Miri. 

Ahli jawatankuasa kelab bersama TM Dunstan Chan dan Datin Grace
Kelab Pidato Toastmasters Miri mengadakan bengkel pengucapan dua kali sebulan di Bangunan Persatuan Melayu Miri. Orang ramai dijemput hadir ke sesi kami secara percuma untuk mengenali kelab kami dengan lebih dekat.

Selasa, 10 September 2013

Gabenor Kawasan E1 Baru! Dari Kelab Kita!

Salam dan salam sejahtera.

Baru baru ini, Gabenor Kawasan E1 telah bertukar tangan. Gabenor Kawasan E1 Abel Tan

Bekas Gabenor Kawasan E1 Abel Tan
telah menyandang tanggungjawab memimpin kawasan E1 kepada Gabenor Kawasan E1 Alexson Kelling Buja yang juga merupakan Naib Presiden Pendidikan kelab kita.

Gabenor Kawasan E1 Baru Alexson Kelling Buja
TAHNIAH Gabenor Kawasan E1 Alexson! Kami tidak sabar untuk memberikan kerjasama kami dalam menjayakan rancangan anda untuk menaikkan mutu kelab kelab kawasan E1!

TERIMA KASIH Bekas Gabenor Kawasan E1 Abel! Terima kasih dari kami semua!

Isnin, 9 September 2013

PERJUMPAAN SESI 275, 13 SEPTEMBER!

Salam dan salam sejahtera.

Perjumpaan kelab akan diteruskan pada: 

hari Jumaat, 13 September 2013

pukul 8 malam di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Ada beberapa ahli akan membuat tugasan mereka. Jemput ahli kelab untuk hadir bersama sama tetamu supaya lebih ramai lagi warga Miri mengetahui tentang manfaat Kelab.

Jumpa anda nanti!