Rabu, 16 Jun 2010

Penggal 2007/2008

Dalam penggal 2007/2008, untuk pertama kalinya, kelab memperolehi pencapaian yang cemerlang dan dianugerahkan dengan anugerah “President Distinguished Club” oleh Toastmasters International.

Bukan itu saja, dalam penggal yang sama, di bawah kepimpinan Tuan Hj. Wan Morshidi, keahlian kelab telah bertambah lebih daripada 100% iaitu dari 8 orang kepada 20 orang.

Untuk pencapaian ini, Kelab dianugerahkan pula dengan anugerah “Golden Phoenix” oleh Toastmasters International.

Tahniah! Semoga ahli jawatankuasa yang sedia ada dan yang akan datang menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam kelab ini!

Di awal penggal 2007/2008, ahli jawatankuasa menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan. Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa dalam menguruskan kelab.

Ahli kelab juga dilantik sebagai panel hakim di Pertandingan Ucapan Peringkat Daerah serta menghadiri Seminar Penghakiman Ucapan. Seminar ini mengajara ahli ahli kelab bagaimana untuk menghakimi pengucapan dengan lebih baik.

Encik Sardon Zainal telah meraih naib johan di pertandingan ucapan Humor peringkat kawasan. Syabas Encik Sardon!

Hj. Wan Morshidi, Encik Sardon dan Puan Juriah telah menghadiri Konvensyen di Pulau Pinang dalam bulan April 2008. Di konvensyen ini, Hj. Wan Morshidi dianugerahkan sebagai “Presiden Cemerlang 2007/2008”.


Tahniah sekali lagi!

Encik Sardon seorang diri menghadiri Konvensyen di Bali dalam bulan November 2008. Terlalu sibuk agaknya ahli ahli kelab yang lain.

Selain sibuk dengan aktiviti kelab dan aktiviti Toastmasters yang lain, ahli kelab juga bergiat aktif untuk berbakti kepada masyarakat Miri.

Puan Juriah Abdullah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah “Cara Menyusun Ucapan” di dalam seminar untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Puan Juriah sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah. Kali ini di Seminar Pengucapan Awam yang dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Demikianlah secara ringkas, aktiviti yang disertai dan juga dianjurkan oleh kelab untuk penggal 2007/2008.

Tiada ulasan: