Selasa, 31 Ogos 2010

PERJUMPAAN SESI KE224: 5 SEPTEMBER!

Perjumpaan yang ke224 kelab ialah pada:

pukul 10.00 pagi, Ahad 5 September di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli untuk hadir. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Ini adalah supaya ahli boleh memperolehi manfaat yang sepenuhnya dari kelab.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat melihat manfaat menyertai kelab setelah melihat kita beraksi.

Selasa, 17 Ogos 2010

PERJUMPAAN SESI KE223: 22 OGOS!

Perjumpaan yang ke223 kelab ialah pada:

pukul 10.00 pagi, Ahad 22 Ogos di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli untuk hadir. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Ini adalah supaya ahli boleh memperolehi manfaat yang sepenuhnya dari kelab.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat melihat manfaat menyertai kelab setelah melihat kita beraksi.

Rabu, 11 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA!

SELAMAT BERPUASA kepada ahli kelab yang beragama Islam!


Semoga bulan Ramadhan kali ini dipenuhi dengan amal ibadat disamping kesibukkan menjalani kehidupan seperti biasa dan juga memperhebatkan diri sebagai pemidato.

Sabtu, 7 Ogos 2010

PERJUMPAAN DIBULAN RAMADHAN!

Perjumpaan kelab akan diteruskan juga walaupun dibulan Ramadhan. Aktiviti berpuasa bukanlah satu halangan bagi ahli Kelab Pidato yang bersemangat untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pemidato disamping meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini.

Supaya tidak menggangu aktiviti berbuka puasa serta solat bertarawikh, kelab akan mengadakan perjumpaan disebelah siang hari.

Perjumpaan dalam bulan Ramadhan akan diadakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di lokasi biasa iaitu Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Nantikan pengumuman tarikh perjumpaan melalui blog serta emel.

Selasa, 3 Ogos 2010

Aktiviti Minggu Ini...

Terdapat 3 aktiviti dalam dunia Toastmasters akan berlaku di Miri pada 7 Ogos nanti!

1) TLI-1
Satu TLI atau Institut Latihan Kepimpinan khas akan diadakan pada 7 Ogos
bertempat di Dynasty Hotel Miri pada pukul 1.30 petang hingga 5 petang.

Peluang yang baik bagi mana mana kelab yang tidak dapat menyertai TLI di Bintulu tempoh hari.


TLI kali ini juga terbuka kepada kesemua ahli dan bukan terhad kepada ahli jawatankuasa kelab sahaja.

Walaupun anda telah mengikuti TLi Bintulu, jangan khuatir kerana TLI kali ini mempunyai maklumat tambahan dan berguna untuk kesemua ahli kelab.

Silalah datang beramai ramai Gabenor Bahagian kita telah bertungkus lumus untuk menjayakan TLI di Miri ini demi kebaikkan kelab kelab di Miri!

JOM DATANG BERAMAI RAMAI!

2) STT program
Pada sebelah pagi 7 Ogos,
program STT atau Pemidato kepada Pelatih akan berlangsung di Dynasty Hotel Miri.

Program ini dihadkan untuk 10 orang wakil dari Kawasan E1 dan E4 sahaja.


Program ini diadakan untuk menambah bilangan tenaga pengajar bagi bengkel bengkel yang akan diadakan nanti. Mereka akan dilatih untuk menjalankan bengkel bengkel tersebut.

Sila hubungi ahli jawatankuasa kelab anda untuk maklumat lanjut.

3) Majlis Perlantikan Kelab Kelab E4
Sukacita dimaklumkan kelab kawasan E4 akan mengadakan
Majlis Perlantikan pada tarikh yang sama di Dynasty Hotel selepas selesainya TLI,
iaitu selepas pukul 5.30 petang.
Harga tiket untuk majlis ini adalah RM35.00 untuk seorang.
Sila hubungi TM Jessie Hong (012 805 8678) jika anda berminat dan mahu memberi sokongan.

Isnin, 2 Ogos 2010

PERJUMPAAN SESI KE222: 6 OGOS!

Perjumpaan yang ke222 kelab ialah pada:

pukul 7.30 malam, Jumaat 6 Ogos di Bangunan Persatuan Melayu Miri.


Dijemput semua ahli untuk hadir. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Ini adalah supaya ahli boleh memperolehi manfaat yang sepenuhnya dari kelab.


Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.


Semoga mereka dapat melihat manfaat menyertai kelab setelah melihat kita beraksi.

Ahad, 1 Ogos 2010

Majlis Perlantikan Jawatankuasa 2010/2011

Hari ini, Majlis Perlantikan Jawatankuasa 2010/2011 telah berjaya dijalankan untuk pertama kalinya secara sederhana di Bangunan Persatuan Melayu Miri pada pukul 9.30 pagi.

TM Suhaili sebagai Pengacara Majlis

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Gabenor Bahagian Richard Tsen, Presiden Persatuan Melayu Miri Hj Wan Morshidi dan juga Gabenor Kawasan E4 Jessie Hong.

GB serta Isteri bersama ahli jawatankuasa 2010/2011

Presiden PMM memberi ucapan


GB menyampaikan ucapan dengan ceria

Terima kasih kepada tetamu yang hadir menjadi saksi perlantikan Kelab Pidato Miri

Dalam majlis ini, ahli jawatankuasa lama dibubarkan secara rasmi.

Presiden mengangkat ikrar

Setelah pembubaran, ahli jawatankuasa yang telah dilantik, mengangkat ikrar untuk menjalankan tanggungjawab masing masing dengan sehabis baik semasa memegang jawatan.

Bekas Gabenor Kawasan menyampaikan cenderamata sebagai penghargaan kepada bekas ahli jawatankuasa 2009/2010
Cenderamata buat tetamu khas bagi mengingati hari yang bersejarah

Naib Presiden Pendidikan Lutong Toastmasters Club memberi hadiah kepada Kelab Pidato Miri

Majlis tamat pada pukul 11.30 pagi iaitu selepas selesai jamuan serta sesi khas untuk TM Jennifer membuat tugasan kelapannya.

Muka muka ceria setelah perut penuh terisi

Ahli Jawatankuasa 2010/2011

Tahniah sekali lagi kepada ahli jawatankuasa 2010/2011! Semoga tahun anda berlalu dengan penuh gemilang!