Isnin, 21 Jun 2010

SESI TAMBAHAN PADA 22 JUN!

Kelab akan mengadakan Sesi Tambahan pada:

pukul 5.15 petang, 22 Jun nanti di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli untuk hadir. Sesi Tambahan ini adalah untuk membantu ahli yang tidak dapat hadir pada perjumpaan yang telah ditetapkan dan juga bagi yang bersemangat untuk menghabiskan tugasan mereka.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat manfaat dan tertarik untuk menyertai setelah melihat kita beraksi.

PERJUMPAAN SESI KE219: 25 JUN!

Perjumpaan yang ke 219 ialah pada minggu ini:

pukul 7.30 malam, 25 Jun di Bangunan Persatuan Melayu Miri.


Dijemput semua ahli untuk hadir serta tampil untuk meneruskan tugasan masing masing.


Untuk memeriahkan lagi majlis silalah bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.


Jumpa anda semua Jumaat nanti!

Penggal 2008/2009

Dalam penggal 2008/2009, kelab sekali lagi memperolehi pencapaian yang cemerlang dan menerima anugerah “President Distinguished Club” dari Toastmasters International.

Tahniah!

Bertambah lagi satu cabaran untuk ahli jawatankuasa yang sedia ada untuk menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam kelab ini!


Di awal penggal 2008/2009, ahli jawatankuasa menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan. Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa dalam menguruskan kelab.

Ahli kelab juga dilantik sebagai panel hakim di Pertandingan Ucapan Peringkat Daerah serta menghadiri Seminar Penghakiman Ucapan. Seminar ini mengajar ahli ahli kelab bagaimana untuk menghakimi pengucapan dengan lebih baik.


Encik Sardon Zainal dijemput sebagai ketua hakim dalam Pertandingan Berpidato dalam Bahasa Inggeris Peringkat Daerah 2009 dan Peringkat Bahagian 2009.


Kelab pertama kalinya berjaya mengelolakan Pertandingan Bercerita Antara Sekolah-Sekolah Rendah pada Jun 2009
.


Kelab juga pertama kali berjaya mengelolakan Program Kepimpinan Belia di SMK Sains.

Encik Sardon, Cik Azizah & Puan Juriah dijemput untuk menjadi hakim Ceramah Pengucapan Awam di SMK Luak pada November 2009.

Hj. Wan Morshidi, Juriah, Sardon, Hj. Seraniah, Mostapha Lai, Suhali, Sarbanun, Azizah Ibrahim telah menghadiri Konvensyen di Kuching dalam bulan April 2009. Mereka turut terlibat dalam mesyuarat kelab-kelab pidato Malaysia. Di konvensyen ini, Juriah Abdullah dianugerahkan sebagai “Presiden Cemerlang 2008/2009”.


Tahniah sekali lagi!

Sarbunan, Azizah Ibrahim, Sardon Zainal, Hj. Wan Morshidi, Juriah, Sardon, Mostapha Lai telah menghadiri Konvensyen di Genting, Pahang dalam bulan Oktober 2009.


Demikianlah secara ringkas, aktiviti yang disertai dan juga dianjurkan oleh kelab untuk penggal 2008/2009.

Ahad, 20 Jun 2010

Perjumpaan Kelab Pidato

Sebagai peringatan, Kelab mengadakan perjumpaan setiap Jumaat pada minggu kedua dan keempat, iaitu dua kali sebulan.

Perjumpaan kelab yang juga merupakan bengkel untuk mengasah teknik pengucapan, diadakan di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Sesi akan bermula pada pukul 7.30 malam. Dijemput semua hadir untuk memeriahkan majlis ilmu ini disamping menambahkan ilmu pengetahuan.

Rabu, 16 Jun 2010

Penggal 2007/2008

Dalam penggal 2007/2008, untuk pertama kalinya, kelab memperolehi pencapaian yang cemerlang dan dianugerahkan dengan anugerah “President Distinguished Club” oleh Toastmasters International.

Bukan itu saja, dalam penggal yang sama, di bawah kepimpinan Tuan Hj. Wan Morshidi, keahlian kelab telah bertambah lebih daripada 100% iaitu dari 8 orang kepada 20 orang.

Untuk pencapaian ini, Kelab dianugerahkan pula dengan anugerah “Golden Phoenix” oleh Toastmasters International.

Tahniah! Semoga ahli jawatankuasa yang sedia ada dan yang akan datang menjadi lebih bersemangat untuk bergiat dalam kelab ini!

Di awal penggal 2007/2008, ahli jawatankuasa menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan. Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa dalam menguruskan kelab.

Ahli kelab juga dilantik sebagai panel hakim di Pertandingan Ucapan Peringkat Daerah serta menghadiri Seminar Penghakiman Ucapan. Seminar ini mengajara ahli ahli kelab bagaimana untuk menghakimi pengucapan dengan lebih baik.

Encik Sardon Zainal telah meraih naib johan di pertandingan ucapan Humor peringkat kawasan. Syabas Encik Sardon!

Hj. Wan Morshidi, Encik Sardon dan Puan Juriah telah menghadiri Konvensyen di Pulau Pinang dalam bulan April 2008. Di konvensyen ini, Hj. Wan Morshidi dianugerahkan sebagai “Presiden Cemerlang 2007/2008”.


Tahniah sekali lagi!

Encik Sardon seorang diri menghadiri Konvensyen di Bali dalam bulan November 2008. Terlalu sibuk agaknya ahli ahli kelab yang lain.

Selain sibuk dengan aktiviti kelab dan aktiviti Toastmasters yang lain, ahli kelab juga bergiat aktif untuk berbakti kepada masyarakat Miri.

Puan Juriah Abdullah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah “Cara Menyusun Ucapan” di dalam seminar untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Puan Juriah sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah. Kali ini di Seminar Pengucapan Awam yang dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Demikianlah secara ringkas, aktiviti yang disertai dan juga dianjurkan oleh kelab untuk penggal 2007/2008.

SESI TAMBAHAN PADA 18 JUN!

Kelab akan mengadakan Sesi Tambahan pada:

pukul 5.15 petang, 18 Jun nanti di Rumah Puan Juriah, yang beralamat di:

686 Lorong Piasau Jaya 1C Piasau Jaya Fasa 1.


Dijemput semua ahli untuk hadir. Sesi Tambahan ini adalah untuk membantu ahli yang tidak dapat hadir pada perjumpaan yang telah ditetapkan dan juga bagi yang bersemangat untuk menghabiskan tugasan mereka.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat manfaat dan tertarik untuk menyertai setelah melihat kita beraksi.

PERJUMPAAN SESI KE219: 25 JUN!

Perjumpaan yang ke219 kelab ialah pada:

pukul 7.30 malam, 25 Jun
di Bangunan Persatuan Melayu Miri.


Dijemput semua ahli untuk hadir. Semoga lebih ramai lagi tampil untuk menghabiskan tugasan masing masing.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Semoga mereka dapat manfaat dan tertarik untuk menyertai setelah melihat kita beraksi.

Sila datang tepat pada masa yang dinyatakan supaya majlis dapat berjalan dengan lancar.

Jumpa anda di sana!

Konvensyen Setengah Tahunan 2010 Pertama Daerah 87

Tahun ini adalah tahun yang bersejarah bagi ahli ahli Toastmasters terutamanya yang berada di dalam daerah 51. Sedih dan gembira bercampur baur dengan terpisahnya Malaysia Timur, Indonesia dan Brunei dari daerah 51.

Sedih kerana meninggalkan rakan rakan seperjuangan di Semenanjung Malaysia.

Gembira kerana mempunyai daerah sendiri, iaitu daerah 87 dan keluarga Toastmasters diberi ruang untuk membesar lagi.

Namun ini tidak bermakna kedua dua daerah ini tidak boleh berjumpa lagi. Jika adanya aktiviti aktiviti yang boleh menyatukan kedua dua daerah ini, pasti kita masih boleh bersama.

Sukacita dimaklumkan, Konvensyen Setengah tahunan pertama untuk daerah 87 akan diadakan di Jakarta dalam bukan November ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini:

Konvensyen Setengah Tahunan 2010 Pertama Daerah 87

Semoga kita dapat berjumpa di sana!

Selasa, 15 Jun 2010

Gabenor Kawasan E1 2009/2010

Kelab berasa bangga kerana salah seorang dari kami telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Gabenor Kawasan E1.

Tanggungjawab yang berat itu menunjukkan ahli kelab boleh dipercayai dan bertanggungjawab.


Semoga kelab akan melahirkan ramai lagi insan yang akan mengikut jejak langkah, Encik Sardon Zainal, Gabenor Kawasan E1 penggal 2009/2010.


Syabas dan tahniah sekali lagi Encik Sardon Zainal!

Nafas Baru!

Laman Blog Kelab Pidato Toastmasters Miri kini diberi nafas baru seiring dengan semangat baru yang akan menyusul tiba bersama ahli jawatankuasa yang baru.

Ikuti perkembangan semasa kami di sini.

Hari hari yang berlalu membawa kita kian hampir kepada penghujung penggal 2009/2010 Kelab Pidato Toastmasters Miri.

Ahli kelab telah banyak menyertai aktiviti dan tidak kurang juga mengendalikan aktiviti untuk ahli kelab sendiri dan juga masyarakat Miri.

Sebelum diumumkan senarai ahli jawatankuasa kelab untuk sesi 2010/2011 di dalam Blog ini, marilah kita jejaki balik kenangan kenangan Kelab Pidato Toastmasters Miri dari tahun 2009 hingga 2010…