Rabu, 16 Jun 2010

Konvensyen Setengah Tahunan 2010 Pertama Daerah 87

Tahun ini adalah tahun yang bersejarah bagi ahli ahli Toastmasters terutamanya yang berada di dalam daerah 51. Sedih dan gembira bercampur baur dengan terpisahnya Malaysia Timur, Indonesia dan Brunei dari daerah 51.

Sedih kerana meninggalkan rakan rakan seperjuangan di Semenanjung Malaysia.

Gembira kerana mempunyai daerah sendiri, iaitu daerah 87 dan keluarga Toastmasters diberi ruang untuk membesar lagi.

Namun ini tidak bermakna kedua dua daerah ini tidak boleh berjumpa lagi. Jika adanya aktiviti aktiviti yang boleh menyatukan kedua dua daerah ini, pasti kita masih boleh bersama.

Sukacita dimaklumkan, Konvensyen Setengah tahunan pertama untuk daerah 87 akan diadakan di Jakarta dalam bukan November ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini:

Konvensyen Setengah Tahunan 2010 Pertama Daerah 87

Semoga kita dapat berjumpa di sana!

Tiada ulasan: