Rabu, 23 Mac 2011

PERJUMPAAN SESI KE236: 26 MAC!

Perjumpaan yang ke236 kelab ialah pada:

pukul 7.30 malam, Sabtu 26 Mac
di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Masa dan hari diubah untuk memberi laluan kepada pengguna Bangunan Persatuan Melayu yang lain.

Dijemput semua ahli untuk hadir. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Ini adalah supaya ahli boleh memperolehi manfaat yang sepenuhnya dari kelab.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Selasa, 8 Mac 2011

PERJUMPAAN SESI KE235: 13 MAC!

Perjumpaan yang ke235 kelab ialah pada:

pukul 2.30 petang, Ahad 13 Mac di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Masa dan hari diubah untuk memudahkan ahli kelab untuk hadir pada perjumpaan kali ini. Dijemput semua ahli untuk hadir. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Ini adalah supaya ahli boleh memperolehi manfaat yang sepenuhnya dari kelab.

Supaya majlis menjadi lebih meriah, sila bawa tetamu dan sekaligus memperkenalkan dunia Toastmasters kepada mereka.

Dikesempatan ini juga, Kelab mengucapkan TAHNIAH kepada CC Rupawan kerana telah tamat dengan tugasan CC ! Teruskan dengan ACB !

Konvensyen ke15 Daerah K

Daerah K yang terdiri dari kelab kelab di Brunei dan Kota Kinabalu akan mengadakan konvesyen ke 15 mereka pada:

Tarikh: 19 – 20 Mac 2011
Tempat: Rizqun International Hotel & Seameo Voctech, Bandar Seri
Begawan, Brunei
Yuran: $B90.00 sahaja

Program yang menanti anda adalah seperti bengkel pendidikan dan juga pertandingan ucapan.

Anda digalakkan untuk memeriahkan konvensyen ini memandangkan tempatnya hanyalah berjiran dengan Miri, untuk bergembira disamping menyertai program pendidikan yang disediakan dan juga bertemu sahabat lama dan baru!

Jika berminat, sila berikan nama kepada Naib Presiden Pendidikan menerusi emailnya: taqiuddin_ak@yahoo.com atau hubungi di 013 8344863. Sila berikan nama anda sebelum 12 Mac.

Isnin, 7 Mac 2011

Membina Keyakinan Diri

Anda boleh membuang rasa takut untuk berucap melalui penguasaan anda dalam satu subjek dan kebolehan anda dalam membincangkan sesuatu tajuk, beserta amali ringkas (biasanya dalam bentuk demonstrasi). Bila keyakinan mengambil alih rasa takut di dalam diri anda, akan timbul pula rasa seronok untuk berucap dihadapan pendengar.

Untuk membina keyakinan dalam diri anda, kita perlu ketahui apa yang anda takutkan dahulu. Mungkin ketakutan anda berpunca dari:

1. Kehadiran pendengar.
2. Takut anda akan diejek.
3. Takut memperbodohkan diri sendiri.
4. Takut yang ucapan anda tidak penting.
5. Takut anda akan membosankan pendengar.

Satu satunya cara untuk anda mengatasi ketakutan ini adalah dengan banyak berlatih.

Jumaat, 4 Mac 2011

Bintang Bersinar

ToastMaster International menganugerahkan Lencana Berani untuk Bersinar kepada ahli ToastMaster International daerah 87.

Tempoh Kelayakan:
1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011
Pin akan disampaikan secara peribadi oleh Gabenor Kawasan atau Daerah sepanjang tempoh ini.

Cepat! Masih ada masa untuk memiliki pin ini!

Matlamat:
Sebagai pembakar semangat dan menghargai ahli supaya terus maju dalam anugerah pendidikan dan kepimpinan kearah mencapai Program kelab Cemerlang.

Kelayakan:
1. Mana mana ahli yang telah mencapai mana mana anugerah pendidikan (CC, ACB, ACS, ACG) atau anugerah kepimpinan (CL,ALB,ALS,DTM).
2. Mana mana ahli yang memperkenalkan ahli baru ataupun menarik balik ahli lama.
3. Mana mana Ahli Jawatankuasa Kelab (Mana mana dari 7 orang) yang telah menaja kelab baru.
4. Menjadi penaung atau mentor kelab.
5. Menjadi jurulatih kelab yang Berjaya.

Ayuh! Jangan ketinggalan untuk mendapatkan pin yang eksklusif ini! Masa adalah terhad!