Khamis, 27 Oktober 2011

PERJUMPAAN SESI KE249: 28 OKTOBER!

Perjumpaan kelab yang seterusnya akan diadakan pada:

pukul 8.00 malam, Jumaat 28 Oktober di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Melalui penglibatan secara berterusan serta membuat tugasan, pasti anda akan dapat merasa perubahan pada diri anda sendiri dalam keyakinan diri, cara berucap dan banyak lagi manfaat lain.

Kongsilah peluang berharga ini bersama teman teman anda. Bawalah mereka bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Rabu, 19 Oktober 2011

PERTANDINGAN HUMOR DAN PENILAIAN 2011

Kelab akan menganjurkan Pertandingan Humor dan Penilaian yang akan diadakan pada:

Tarikh: 26th November 2011, Sabtu
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bangunan Persatuan Melayu Miri

PERTANDINGAN HUMOR:
  • Masa yang diperuntukkan ialah 5 - 7 minit.
  • Peserta akan menceritakan kisah atau tajuk yang lucu dan mencuit hati. Sedikit sebanyak seperti Raja Lawak namun tidak perlu banyak membuat aksi. Peserta terpaksa menggunakan kelebihan dalam berucap untuk membuat pendengar tidak kering gusi!
PERTANDINGAN PENILAIAN
  • Masa yang diperuntukkan ialah 2 -3 minit.
  • Penilaian adalah aktiviti yang paling penting kerana melalui penilaian, anda boleh mendapat tahu kelemahan dan kekuatan ucapan anda. Peserta akan menunjukkan kelebihan mereka dalam memberi penilaian yang baik dan memerangsangkan dalam masa yang ditetapkan.
Penyertaan terbuka kepada semua ahli kelab sahaja. Sekirannya anda ingin menyertai pertandingan ini, anda bolehlah menghubungi:

Presiden Kelab : Taquiddin - 013-8344863
Naib Presiden Pendidikan: Jennifer - 019-859 0773.

Tunjukkan kebolehan anda untuk berucap!

Selasa, 11 Oktober 2011

PERJUMPAAN KELAB MINGGU INI!

Perjumpaan kelab yang seterusnya akan diadakan pada:

pukul 8.00 malam, Jumaat 14 Oktober di Bangunan Persatuan Melayu Miri.