Selasa, 27 Ogos 2013

PERJUMPAAN SESI KE274, 30 OGOS!

Salam dan salam sejahtera.

Kita masih lagi dalam semangat menziarahi rumah terbuka dalam bulan ini. Kita juga semakin hampir dengan Hari Kebangsaan Malaysia iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 untuk meraikan 56 tahun Semenanjung Malaysia telah merdeka!

Hanya untuk pengetahuan pembaca semua, Sarawak hanya mengecapi kemerdekaan pada 22 Julai 1963 dan pembentukkan Malaysia, gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura pada 16 September 1963. JAdi, kita juga akan meraikan hari Malaysia yang ke 50 pada 16 September nanti!

Perjumpaan kelab akan diteruskan pada: 

hari Jumaat, 30 Ogos 2013

pukul 8 malam di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Ada beberapa ahli akan membuat tugasan mereka. Jemput ahli kelab untuk hadir bersama sama tetamu supaya lebih ramai lagi warga Miri mengetahui tentang manfaat Kelab.

Jumpa anda nanti!

Isnin, 12 Ogos 2013

PERJUMPAAN SESI 273, 16 OGOS!

Salam dan salam sejahtera.

Selesainya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, perjumpaan kita kembali diadakan pada sebelah malamnya. Semoga dapat diluangkan sedikit masa bersama kelab dikesibukkan kita memenuhi jemputan rumah terbuka.

Kelab akan mengadakan perjumpaan pada bulan ini pada 

hari Jumaat, 16 Ogos 2013

pukul 8.00 Malam di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Jemput ahli kelab untuk hadir bersama sama tetamu supaya lebih ramai lagi warga Miri mengetahui tentang manfaat Kelab. Kita akan mengadakan jamuan hari raya secara kecil kecilan juga!

Jumpa anda nanti!

Sabtu, 10 Ogos 2013

Salam sejahtera kepada pembaca...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!


Jemput hadir ke majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Melayu Miri bertempat di Bangunan Melayu Miri pada:

AHAD 18 Ogos 2013

Majlis akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kelab Pidato akan turut mengadakan majlis pelantikan ahli jawatankuasa sesi 2013/2014. Pelantikan ini dijalankan dalam majlis tersebut agar ahli ahli Persatuan penaja lebih mengetahui tentang kewujudan kelab disamping mengiklankan serta mewar warkan kelab kepada masyarakat Miri secara am.

Jemput datang beramai ramai!

ekad diambil dari sini.