Sabtu, 7 Ogos 2010

PERJUMPAAN DIBULAN RAMADHAN!

Perjumpaan kelab akan diteruskan juga walaupun dibulan Ramadhan. Aktiviti berpuasa bukanlah satu halangan bagi ahli Kelab Pidato yang bersemangat untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pemidato disamping meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan ini.

Supaya tidak menggangu aktiviti berbuka puasa serta solat bertarawikh, kelab akan mengadakan perjumpaan disebelah siang hari.

Perjumpaan dalam bulan Ramadhan akan diadakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di lokasi biasa iaitu Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Nantikan pengumuman tarikh perjumpaan melalui blog serta emel.

Tiada ulasan: