Selasa, 3 Ogos 2010

Aktiviti Minggu Ini...

Terdapat 3 aktiviti dalam dunia Toastmasters akan berlaku di Miri pada 7 Ogos nanti!

1) TLI-1
Satu TLI atau Institut Latihan Kepimpinan khas akan diadakan pada 7 Ogos
bertempat di Dynasty Hotel Miri pada pukul 1.30 petang hingga 5 petang.

Peluang yang baik bagi mana mana kelab yang tidak dapat menyertai TLI di Bintulu tempoh hari.


TLI kali ini juga terbuka kepada kesemua ahli dan bukan terhad kepada ahli jawatankuasa kelab sahaja.

Walaupun anda telah mengikuti TLi Bintulu, jangan khuatir kerana TLI kali ini mempunyai maklumat tambahan dan berguna untuk kesemua ahli kelab.

Silalah datang beramai ramai Gabenor Bahagian kita telah bertungkus lumus untuk menjayakan TLI di Miri ini demi kebaikkan kelab kelab di Miri!

JOM DATANG BERAMAI RAMAI!

2) STT program
Pada sebelah pagi 7 Ogos,
program STT atau Pemidato kepada Pelatih akan berlangsung di Dynasty Hotel Miri.

Program ini dihadkan untuk 10 orang wakil dari Kawasan E1 dan E4 sahaja.


Program ini diadakan untuk menambah bilangan tenaga pengajar bagi bengkel bengkel yang akan diadakan nanti. Mereka akan dilatih untuk menjalankan bengkel bengkel tersebut.

Sila hubungi ahli jawatankuasa kelab anda untuk maklumat lanjut.

3) Majlis Perlantikan Kelab Kelab E4
Sukacita dimaklumkan kelab kawasan E4 akan mengadakan
Majlis Perlantikan pada tarikh yang sama di Dynasty Hotel selepas selesainya TLI,
iaitu selepas pukul 5.30 petang.
Harga tiket untuk majlis ini adalah RM35.00 untuk seorang.
Sila hubungi TM Jessie Hong (012 805 8678) jika anda berminat dan mahu memberi sokongan.

Tiada ulasan: