Ahad, 1 Ogos 2010

Majlis Perlantikan Jawatankuasa 2010/2011

Hari ini, Majlis Perlantikan Jawatankuasa 2010/2011 telah berjaya dijalankan untuk pertama kalinya secara sederhana di Bangunan Persatuan Melayu Miri pada pukul 9.30 pagi.

TM Suhaili sebagai Pengacara Majlis

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Gabenor Bahagian Richard Tsen, Presiden Persatuan Melayu Miri Hj Wan Morshidi dan juga Gabenor Kawasan E4 Jessie Hong.

GB serta Isteri bersama ahli jawatankuasa 2010/2011

Presiden PMM memberi ucapan


GB menyampaikan ucapan dengan ceria

Terima kasih kepada tetamu yang hadir menjadi saksi perlantikan Kelab Pidato Miri

Dalam majlis ini, ahli jawatankuasa lama dibubarkan secara rasmi.

Presiden mengangkat ikrar

Setelah pembubaran, ahli jawatankuasa yang telah dilantik, mengangkat ikrar untuk menjalankan tanggungjawab masing masing dengan sehabis baik semasa memegang jawatan.

Bekas Gabenor Kawasan menyampaikan cenderamata sebagai penghargaan kepada bekas ahli jawatankuasa 2009/2010
Cenderamata buat tetamu khas bagi mengingati hari yang bersejarah

Naib Presiden Pendidikan Lutong Toastmasters Club memberi hadiah kepada Kelab Pidato Miri

Majlis tamat pada pukul 11.30 pagi iaitu selepas selesai jamuan serta sesi khas untuk TM Jennifer membuat tugasan kelapannya.

Muka muka ceria setelah perut penuh terisi

Ahli Jawatankuasa 2010/2011

Tahniah sekali lagi kepada ahli jawatankuasa 2010/2011! Semoga tahun anda berlalu dengan penuh gemilang!

Tiada ulasan: