Khamis, 8 Julai 2010

TLI 2010 DI BINTULU!

Di awal penggal 2010/2011, ahli jawatankuasa akan menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan.

Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa baru dalam selok belok menguruskan kelab secara lebih berkesan.

Kursus Kepegawaian Toastmasters ini atau TLI akan diadakan:

Pada hari Ahad, 11 Julai 2010.
Pukul 1.00 petang hingga 5.30 petang.
Bertempat di Park City Hotel, Bintulu.


Disamping mempelajari perihal pengurusan kelab, ahli jawatankuasa baru juga berpeluang untuk bergaul dan bertemu dengan ahli jawatankuasa kelab daerah E yang lain.

Bolehlah mengeratkan lagi tali persahabatan yang sedia ada serta mendapat kenalan baru sambil bertukar tukar fikiran dan berkongsi pengalaman.


Semoga ahli kelab yang lain akan berpeluang untuk menghadiri kursus ini di masa akan datang kelak!

Tiada ulasan: