Khamis, 1 Julai 2010

Penggal 2009/2010

Di awal penggal 2009/2010, ahli jawatankuasa menghadiri kursus Kepegawaian Toastmasters Peringkat Kawasan. Kursus ini adalah untuk membantu ahli jawatankuasa dalam menguruskan kelab.

Ahli kelab juga dilantik sebagai panel hakim di Pertandingan Ucapan Peringkat Daerah serta menghadiri Seminar Penghakiman Ucapan. Seminar ini mengajar ahli ahli kelab bagaimana untuk menghakimi pengucapan dengan lebih baik.


Encik Sardon Zainal dijemput sebagai ketua hakim dalam Pertandingan Berpidato dalam Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian 2010
.

Kelab menganjurkan
untuk kali pertama, Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian (dalam Bahasa Inggeris) Peringkat Daerah 2009/2010 di Pustaka Miri.

Puan Juriah Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Pengelola Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian (dalam Bahasa Inggeris) Peringkat Kawasan dan sebagai pengerusi Pertandingan Peringkat Bahagian Penggal 2009/2010 untuk Miri, Bintulu dan Sibu


Kelab berjaya mengelola Program Kepimpinan Belia dalam bulan April 2010 di Kolej IBS Miri.


Hj. Wan Morshidi, Juriah, Jennifer Hii Ai Mee, Sophian, Mostapha Lai, Sardon, Taqiuddin Ahmad Kendong telah menghadiri Konvensyen di Miri dalam bulan Mei 2010. Kelab turut terlibat dalam mesyuarat kelab-kelab pidato Malaysia di konvensyen tersebut.

Jennifer Hii Ai Mee (sebagai Pengarah Penutupan Majlis), Sophian (sebagai Pengarah Pidato) dan Sardon Zainal (sebagai Pengarah Malam Sambutan) juga dilantik untuk mewakili kelab dalam Jawatankuasa Khas Konvensyen Daerah 51 di Miri.

Tahniah semua kerana berjaya mengharumkan nama Kelab!


Dukacitanya, Konvensyen tahun ini juga merupakan yang terakhir bagi Malaysia Timur, Brunei dan Indonesia bersama Malaysia Barat. Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), Brunei dan Indonesia berpisah dari Daerah 51 dan mewujudkan daerah yang baru iaitu Daerah 87.

Majlis Perasmian Perpisahan ini diadakan dalam Konvensyen tersebut. Semoga kita tetap bersama walaupun telah terpisah!


Mesyuarat Agung Tahunan Kelab diadakan pada 26 Mei 2010.


Demikianlah secara ringkas, aktiviti yang disertai dan juga dianjurkan oleh kelab untuk penggal 2009/2010.

Tiada ulasan: