Selasa, 27 Ogos 2013

PERJUMPAAN SESI KE274, 30 OGOS!

Salam dan salam sejahtera.

Kita masih lagi dalam semangat menziarahi rumah terbuka dalam bulan ini. Kita juga semakin hampir dengan Hari Kebangsaan Malaysia iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 untuk meraikan 56 tahun Semenanjung Malaysia telah merdeka!

Hanya untuk pengetahuan pembaca semua, Sarawak hanya mengecapi kemerdekaan pada 22 Julai 1963 dan pembentukkan Malaysia, gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura pada 16 September 1963. JAdi, kita juga akan meraikan hari Malaysia yang ke 50 pada 16 September nanti!

Perjumpaan kelab akan diteruskan pada: 

hari Jumaat, 30 Ogos 2013

pukul 8 malam di Bangunan Persatuan Melayu Miri

Ada beberapa ahli akan membuat tugasan mereka. Jemput ahli kelab untuk hadir bersama sama tetamu supaya lebih ramai lagi warga Miri mengetahui tentang manfaat Kelab.

Jumpa anda nanti!

Tiada ulasan: