Isnin, 15 Julai 2013

Latihan Kepimpinan Pertama untuk Pemimpin Kelab

Pada Ahad 14 Julai, seperti tahun tahun yang lepas, tibalah masa di mana kesemua ahli jawatankuasa kelab kelab Toastmasters di seluruh Miri berkumpul untuk TLI pertama mereka. Ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik pada penghujung semester 2012/2013, pada bulan lepas diwajibkan untuk menghadiri Toastmasters Leadership Institute atau Institut Kepimpinan Toastmasters. Di TLI, ahli jawatankuasa baru akan dipimpin dan sebagai ulangkaji kepada ahli ahli yang lama dalam selok belok pengendalian kelab dan memastikan kelab masing masing dapat memberikan yang terbaik kepada ahli ahli mereka.

Walaupun keseluruhan latihan dijalankan dalam bahasa Inggeris, ini tidak mematahkan semangat ahli satu satunya kelab yang menggunakan bahasa kebangsaan di Miri untuk turut serta. Pucuk kepimpinan kelab Pidato Toastmasters Miri bersemangat mengikuti latihan yang dikendalikan secara amnya oleh Dunstan Chan, salah seorang Toastmasters yang ulung di Malaysia. Sesi latihan diadakan di Bilik Audio Visual di Pustaka Miri dari pukul 1 tengah hari hingga 4 petang.

Dunstan bersemangat menjalankan sesi latihan.

Pemimpin pemimpin yang hadir diajarkan cara untuk menaikkan nama kelab dengan menggunakan media massa yang ada. Mereka juga didedahkan dengan bagaimana kelab terbaik berfungsi dan digalakkan untuk meniru cara mereka berjaya. Yang paling utama, setiap ahli jawatankuasa diberitahu dengan jelas peranan yang perlu dimainkan oleh setiap jawatan yang dipegang. Ahli jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Miri akan ditabalkan secara rasmi pada 18 Ogos dalam majlis rumah terbuka Persatuan Melayu Miri. 

Ahli Jawatankuasa bersama Gabenor Daerah 87, Datin Grace dan penceramah, Dunstant.

Orang ramai dijemput hadir secara percuma kebengkel pengucapan kelab yang diadakan dua kali sebulan di Bangunan Persatuan Melayu Miri untuk mengenali kelab  dengan lebih dekat.

Tiada ulasan: