Selasa, 10 Januari 2012

Selamat Datang Ketahun 2012!

Banyak perubahan telah berlaku dalam dunia Toastmasters beberapa bulan ini. Buat pengetahuan semua, logo Toastmasters Inetrnational telah diberi nafas baru untuk menunjukkan bahawa Toastmasters International bukan sahaja untuk negara asalnya iaitu Amerika Syarikat tetapi kini untuk semua rakyat dari seluruh dunia!



Logo terbaru tidak lagi menampilkan peta dunia tetapi hanya garis latitud dan longitud yang menunjukkan Toastmasters International telah mendakap globalisasi secara menyeluruh. Toastmasters International tidak lagi dibelenggu oleh sempadan dan telah tersebar ke setiap pelusuk dunia, menghasilkan lebih ramai individu yang berani untuk tampil kehadapan dan berucap!


Kelab Pidato Toastmasters Miri menggunakan garis panduan Toastmasters International serta matlamat yang sama untuk menghasilkan individu yang bukan saja berani dan petah berucap di khalayak ramai tetapi turut menjunjung Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.
Kunjungi perjumpaan kami setiap hari Jumaat pada minggu kedua dan keempat setiap bulan di Bangunan Persatuan Melayu Miri untuk melihat sendiri dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang kami.

Tiada ulasan: