Isnin, 26 September 2011

Majlis Perlantikan AJK 2011/2012

Bangunan Persatuan Melayu Miri menjadi pusat kesibukan pada 11 September yang lalu. Dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Melayu Miri, Hj. Wan Morshidi, Ahli Jawatankuasa baru Kelab Pidato Toastmasters Miri secara rasminya menyandang tanggungjawab masing masing dalam Majlis Perlantikan.




Disaksikan oleh Gabenor Daerah E Siong Teck Yian, tetamu jemputan dari kelab kelab Toastmasters Miri yang lain, ahli ahli kelab, ahli keluarga dan rakan rakan, ahli ahli Jawatankuasa 2011/2012 mengangkat sumpah untuk memikul peranan masing masing dan upacara perlantikan dikendalikan oleh Gabenor Kawasan E1 Hwang Boon Huat.


Gabenor Kawasan E1 Hwang Boon Huat melaksanakan majlis perlantikan disaksikan oleh Gabenor Daerah E Siong Teck Yian


Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2011/2012 (Mengikut susunan dari kiri ke kanan):
Bentara: James Empungan
Setiausaha: Amin Wahid
Naib Presiden Keahlian: Seraniah Abdullah
Naib Presiden Pendidikan: Jennifer Hii
Presiden Kelab: Taqiuddin Ahmad Kendong

Serta disaksikan juga oleh
Bekas Presiden Kelab 2010/2011 Mostapha Lai,
Gabenor Daerah E Siong Teck Yian
dan Yang Dipertua Persatuan Melayu Miri, Hj. Wan Morshidi.

Ahli Jawatankuasa 2011/2012 bersama bekas presiden.

Ahli Jawatankuasa bersama Bekas Gabenor Kawasan, Yang Dipertua PMM, Gabenor Kawasan, Gabenor Daerah serta ahli ahli kelab.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelab, anda boleh menghubungi

Taqiuddin (013 8344863 or taqiuddin-ak@yahoo.com)

atau

Jennifer (019 8590773 or jh.oemi@gmail.com).

Tiada ulasan: