Isnin, 7 Mac 2011

Membina Keyakinan Diri

Anda boleh membuang rasa takut untuk berucap melalui penguasaan anda dalam satu subjek dan kebolehan anda dalam membincangkan sesuatu tajuk, beserta amali ringkas (biasanya dalam bentuk demonstrasi). Bila keyakinan mengambil alih rasa takut di dalam diri anda, akan timbul pula rasa seronok untuk berucap dihadapan pendengar.

Untuk membina keyakinan dalam diri anda, kita perlu ketahui apa yang anda takutkan dahulu. Mungkin ketakutan anda berpunca dari:

1. Kehadiran pendengar.
2. Takut anda akan diejek.
3. Takut memperbodohkan diri sendiri.
4. Takut yang ucapan anda tidak penting.
5. Takut anda akan membosankan pendengar.

Satu satunya cara untuk anda mengatasi ketakutan ini adalah dengan banyak berlatih.

Tiada ulasan: