Khamis, 23 Februari 2012

Bengkel Kemahiran Berkomunikasi

Pada 28 April nanti, Kelab akan menganjurkan satu bengkel kemahiran berkomunikasi.

Bengkel ini akan diadakan di Bilik Audio Visual Pustaka Miri dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari. Yuran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap seorang peserta. Makanan akan disediakan untuk waktu rehat semasa bengkel dijalankan.

Bengkel ini akan membincangkan cara cara untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti seharian terutamanya dalam persuratan dan juga ucapan. Sila rujuk poster yang dilampirkan di bawah:


Bengkel ini akan menyentuh penggunaan bahasa dan tatabahasa yang sesuai dalam menulis surat serta emel. Bahasa yang sesuai untuk surat rasmi dan tidak rasmi. Tips tips untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan.

Dari segi pengucapan, bengkel akan mengupas, secara kasar bagaimana menyusun kata kata aluan diawal ucapan dan pengunaan bahasa yang sesuai dalam satu ucapan sama ada dalam majlis rasmi mahupun yang tidak rasmi.


Bengkel ini terbuka kepada masyarakat am di Miri tetapi ahli ahli kelab digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu untuk pengucapan dalam kelab.

Jumpa anda semua di sana!

Tiada ulasan: