Khamis, 23 Februari 2012

Bengkel Kemahiran Berkomunikasi

Pada 28 April nanti, Kelab akan menganjurkan satu bengkel kemahiran berkomunikasi.

Bengkel ini akan diadakan di Bilik Audio Visual Pustaka Miri dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari. Yuran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap seorang peserta. Makanan akan disediakan untuk waktu rehat semasa bengkel dijalankan.

Bengkel ini akan membincangkan cara cara untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti seharian terutamanya dalam persuratan dan juga ucapan. Sila rujuk poster yang dilampirkan di bawah:


Bengkel ini akan menyentuh penggunaan bahasa dan tatabahasa yang sesuai dalam menulis surat serta emel. Bahasa yang sesuai untuk surat rasmi dan tidak rasmi. Tips tips untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan.

Dari segi pengucapan, bengkel akan mengupas, secara kasar bagaimana menyusun kata kata aluan diawal ucapan dan pengunaan bahasa yang sesuai dalam satu ucapan sama ada dalam majlis rasmi mahupun yang tidak rasmi.


Bengkel ini terbuka kepada masyarakat am di Miri tetapi ahli ahli kelab digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu untuk pengucapan dalam kelab.

Jumpa anda semua di sana!

PERJUMPAAN SESI KE255: 24 FEBUARI

Perjumpaan Kelab minggu ini akan diadakan pada:

pukul 8.00 malam, Jumaat 24 Febuari

di Bangunan Persatuan Melayu Miri.

Dijemput semua ahli kelab untuk hadir untuk memberi sokongan berharga anda semua. Ahli ahli kelab juga digalakkan untuk terus menerus membuat tugasan masing masing. Melalui penglibatan secara berterusan serta membuat tugasan, pasti anda akan dapat merasa perubahan pada diri anda sendiri dalam keyakinan diri, cara berucap dan banyak lagi manfaat lain.

Kongsilah peluang keemasan ini bersama teman teman anda. Bawalah mereka bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.